Adnan Abu Hassan Dikurniakan Pangkat Datuk



Nampaknya sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah, Tunku Abdul Halim Mu’adzam Shah ke-86 yang telah berlangsung semalam turut memberi khabar gembira kepada komposer terkenal, Adnan Abu Hassan apabila dikurniakan anugerah Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Datuk.




Anugerah ini dilihat bersesuaian dengan sumbangan yang telah dilakukan oleh Adnan sepanjang bergelar pemuzik sepanjang hampir 35 tahun.

Selain bersyukur dengan penganugerahan ini, Adnan turut memberitahu bahawa ia mampu menjadi titik tolak bagi meluaskan lagi bidang seni yang diceburi.




Saya berasa bersyukur dengan anugerah yang dikurniakan ini dan berterima kasih kepada Sultan Kedah yang juga Yang di-Pertuan Agong.

Saya tahu bukan mudah untuk mendapat sesuatu pengiktirafan daripada baginda melainkan ia adalah berpatutan. Bagi saya, gelaran ini mungkin mampu menjadi titik tolak untuk meluaskan lagi bidang yang saya ceburi sekarang.

Untuk pengetahuan anda, Adnan pernah bergelar penyanyi suatu ketika dahulu selain bergiat aktif sebagai penerbit rakaman, penggubah lagu, penulis lirik dan tenaga pengajar bagi rancangan realiti Akademi Fantasia dan Kilauan Emas
Previous Post Next Post