Amar Asyraf Bakal Bergelar Bapa



Selepas seorang demi seorang selebriti tanah air mengumumkan kehadiran 'orang baru' dalam keluarga mereka, giliran pelakon Amar Asyraf pula berkongsi berita gembira tersebut bersama peminatnya.

Difahamkan, isteri Amar, Arna Saleh kini sedang hamil tiga bulan setengah dan mengalami alahan seperti muntah di awal pagi dan kesukaran untuk tidur.




Untuk rekod, pasangan ini telah sah bergelar suami isteri pada Jun tahun lalu dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di kampung halaman isterinya di Bidor, Perak.

Tahniah MH online ucapkan kepada Amar dan isteri, diharapkan Arna dapat menjalani tempoh kehamilan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
Previous Post Next Post