Cakra Khan lancar single ketiga



SELEPAS berjaya dengan dua single Harus Terpisah dan Setelah Kau Tiada yang menjadi fenomena di Indonesia dan juga Malaysia, penyanyi yang mempunyai suara serak-serak basah, Cakra Khan, sekali lagi melancarkan single terbarunya.

“Single ketiga ini saya hasilkan untuk peminat-peminat saya sebagai tanda terima kasih dan penghargaan.

“Selain itu juga saya berharap segala usaha saya ini diberkati dan berharap saya dapat meneruskan kerja saya sebagai salah seorang pencinta seni,” katanya.

Selain sibuk dengan pelancaran single ketiganya, Cakra juga sibuk dengan penulisan skrip.


Previous Post Next Post