Didie Alias sedang hamil tiga bulan



SEWAKTU sedang bersiap-siap hendak pulang ke rumah malam kelmarin, Mizz Lahar mendapat satu khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada kawan Mizz Lahar, Bianca Luna.

Dalam SMS tu, Bianca beritahu yang pelakon dan pelawak terkenal, Didie Alias sedang hamil tiga bulan hasil perkongsian hidup dengan suami keduanya, Norisham Ismail.

Jadi bila rakan Mizz Lahar menelefon Didie, pelakon berusia 40 tahun itu mengesahkan berita gembira tersebut.

Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd. Ali berkata, dia dan suami, Norisham Ismail, berasa begitu gembira apabila mendapat tahu tentang kandungannya itu.




"Alhamdulillah, usia kandungan saya sekarang sudah mencecah usia tiga bulan. Orang yang paling gembira adalah suami saya.

"Selain itu, keluarga mertua turut berkongsi kegembiraan kerana ini merupakan kandungan sulung saya bersama Norisham," kata Didie yang sudah lima tahun berkahwin dengan Norisham.

Mengulas lanjut, Didie menambah, dia dan suami enggan menaruh sebarang harapan berkenaan jantina bayi yang sedang dikandungnya dan menyerahkan segala-galanya ke pada rezeki yang diberikan Tuhan.




"Pada mulanya, saya begitu inginkan anak lelaki, tetapi, apa yang dikurniakan oleh Allah kelak, kami terima dengan hati yang terbuka," katanya lagi.

Apapun, Mizz Lahar doakan semoga Didie dan kandungan sihat selalu dan selamat melahirkan bayinya nanti.

MIZZ LAHAR: Dengar cerita rambut Kim Kardashian gugur teruk akibat diet Atkins. Ish, takutnya!
Previous Post Next Post