Don Mustofa Nama Anak Ustaz Don



Selepas mengumumkan berita kelahiran anak sulungnya pada 19 Januari lalu, Ustaz Don Daniyal mendedahkan nama cahaya mata lelakinya yang dinamakan Don Mustofa.

Don Mustofa dilahirkan secara normal di Mesir dengan berat 3.5 kilogram.




Difahamkan, Ustaz Don telah tiba di Mesir dua hari sebelum isterinya, Husna Mohd Zahry bersalin dan kedua-duanya kini berada dalam keadaan sihat dan stabil.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Ustaz Don dan isteri, semoga Don Mustofa membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.
Previous Post Next Post