Fazura enggan salah faham berlarutan



RAMAI yang melihat perang dingin antara pelakon Fazura dan Hanez Suraya tidak patut berlaku dan seharusnya keduanya lebih matang menangani masalah tersebut.

Ada juga yang berpendapat bahawa tindakan Fazura juga keterlaluan rentetan menyekat Instagram Hanez Suraya.

Disebabkan dakwaan peminat yang mengatakan Hanez meniru fesyennya, pelakon Gol dan Gincu ini, dikatakan terus melatah dan bertindak menyekat Hanez untuk mengikuti Instagramnya.




Bagaimanapun, Hanez dilihat lebih terbuka kerana mengakui dia tetap mengagumi kecantikan dan fesyen Fazura serta enggan memanjangkan perseteruan antara mereka.


Previous Post Next Post