Fazura perang dingin



Lembaran 2014 mema-litkan nama wanita jelita ini dengan berita gosip yang kurang enak.

Baru-baru ini, Fazura khabarnya digam sekumpulan wartawan berikutan tindakannya memuat naik satu artikel tertera wajah seorang wartawan dan menegur secara, umum kesilapan ejaan nama arwah bapa-nya, Sharifuddin Adnan yang dilakukan penulis terbabit menerusi akaun Instagram miliknya, baru-baru ini.

Difahamkan, nama bapa Fazura ditulis sebagai Shamsudin, bukannya Sharifuddin.
Niat di hati untuk memperbetulkan kesilapan yang berlaku, tetapi ia akhirnya menimbulkan 'perang dingin' di antara peminat Fazura dan segelintir wartawan yang turut berkomentar mempertahankan pandangan masing-masing.
Enggan memanjangkan isu ini, Fazura yang ditemui sempena pelantikannya sebagai Duta Mekap Terbaru Avon Malaysia, Avon Color, kelmarin, menjelaskan tindakan-nya itu bukan sengaja untuk membuat musuh dengan media.
"Dengan jelas menerusi 'timeline' Instagram milik saya, saya ada menyebut saya sekadar mahu memperbetulkan kesilapan ejaan nama arwah bapa saya yang ditulis Shamsudin, itu saja. Ini bukan kali pertama kesilapan ejaan nama arwah bapa saya berlaku di akhbar berkenaan.




"Walau bagaimanapun, saya langsung tidak berniat hendak memusuhi penulis terbabit, syarikat penerbitannya mahupun wartawan hiburan yang lain.

Tindakan memuat naik artikel yang diterbitkan pada Sabtu lalu di laman Instagram saya kerana saya mendapat maklumat daripada peminat mengenai kesalahan ejaan nama arwah bapa saya.

"Saya kira maklum balas daripada pelbagai pihak ini, membuktikan artikel berkenaan dibaca oleh ramai orang. Jadi saya fikir saya harus memperbetulkan kesilapan yang berlaku di akaun Instagram milik saya supaya pengikut saya yang membaca artikel itu, tahu bahawa Shamsudin bukanlah nama sebenar bapa saya.

"Nama arwah bapa saya adalah Sharifuddin. Saya merasakan perlu untuk saya membuat pembetulan ini untuk tidak menimbulkan kekeliruan.

Saya percaya kalaulah arwah bapa masih hidup, dia pasti kecil hati anak perempuannya berbintikan orang lain. Pokoknya niat saya hanya untuk memperbetulkan kesilapan ejaan nama arwah bapa, itu saja.

"Saya sendiri tidak me-nyangka ia akan menjadi isu yang besar apabila peng-ikut-pengikut di Instagram, memberikan pelbagai reaksi sehingga menimbulkan perang mulut antara mereka dan pihak wartawan hiburan yang turut memberikan komen," katanya.

Beralih kepada satu isu yang tidak kurang hangat apabila dikatakan 'perang dingin' dengan pelakon Hanez Suraya, Fazura berkata isu 'tiru-meniru' yang dibangkit-kan bukanlah berpunca daripadanya.

"Saya tahu perkara ini pun daripada orang ramai. Saya difahamkan ada peminat Hanez yang menyamakan penampilan pelakon itu de-ngan saya. Mereka kata, gaya Hanez seperti meniru saya.




"Namun, apa yang membuatkan saya terkilan cerita sebaliknya saya dengar Hanez menuduh saya yang sebenarnya menuduhnya meniru penampilan saya. Peminat saya juga turut diheret dalam hal ini. Bila pula saya kata dia tiru saya? Jangan kaitkan saya dengan pendapat umum.

"Tidak wajar dia menuduh peminat saya. Itu tidak benar. Di Instagram bukan semua-nya peminat. Ramai juga pemerhati dan pendengki!

"Berhubung isu kononnya saya 'menyekat' dia di Instagram itu kena tanya Hanez. Saya tiada komen. Perkara ini terlalu remeh untuk saya beri perhatian," katanya.
Previous Post Next Post