Gary Dikelilingi Gadis Seksi Dalam Shower Later



Nampaknya, Gary ‘Runningman’ sudah bersedia untuk tampil dalam debut solonya. Selepas melancarkan muzik video ‘Zotta Mola’, jejaka igauan ramai ini turut mengeluarkan sebuah lagi muzik videonya yang berjudul ‘Shower Later’.

Sinonim dengan judul lagu, muzik video bagi lagu yang berentak catchy ini menampilkan beberapa orang wanita seksi dalam pakaian yang menjolok mata. Model-model yang bertubuh menggiurkan itu juga melakukan adegan yang mengghairahkan dalam muzik video ini.




Nyata, peminat Gary teruja dengan muzik video ini yang dilihat telah menonjolkan kelainan dalam persona dirinya berbanding dalam program ‘Runningman’.

Mana satu agaknya muzik video yang menjadi kegemaran anda? ‘Zotta Mola’ atau ‘Shower Later’?. Bagi yang belum sempat menonton video ini, ARTISMELETOP! sertakan muzik video ‘Shower Later’ untuk tontonan anda. Semoga terhibur!

KLIP VIDEO:


Previous Post Next Post