Hillary Duff tinggalkan suami



Selepas tiga tahun berkahwin, akhirnya penyanyi dan pelakon, Hilary Duff, 26, mengambil keputusan berpisah dengan suaminya, Mike Comrie, 33, walaupun terpaksa mengakui ia terlalu berat untuk dilakukan.




Menerusi wawancara dengan sebuah majalah, Duff dikatakan masih berusaha mengekalkan hubungan baik dengan bekas suaminya demi anak tunggal mereka, Luca Cruz, yang baru berusia dua tahun.

“Keputusan itu atas persetujuan bersama. Walaupun tidak lagi sebumbung, mereka tetap bersahabat baik dan masih keluar membawa anak mereka bersantai,” kata sumber.

Wanita itu dikatakan memutuskan untuk berpisah selepas bekas ahli sukan berkenaan tidak bersungguh-sungguh untuk memperbaiki hubungan mereka.




Diramal berbaik semula

Sudah pasti khabar berkenaan mengejutkan peminatnya kerana hubungan kedua-dua selebriti ini kelihatan baik ketika membawa Luca bercuti ke Disneyland, Disember lalu, beliau sempat memuat naik gambar meraikan tahun baharu di laman Instagramnya.

Ramai menjangkakan bintang siri televisyen Lizzie McGuire itu akan berbaik semula memandangkan banyak masa dihabiskan bersama.
Previous Post Next Post