Justin Bieber diambang kemusnahan



KETIKA di awal kemunculannya, Justin Bieber cukup dikenali dengan sikapnya yang sopan dan ramah dengan semua peminatnya.

Tidak hairanlah dia menjadi kegilaan remaja pada ketika itu. Namun kebelakangan ini, pelbagai kes melibatkan pelantun Never Say Never itu sehingga ada sesetengah pihak meramalkan Bieber sedang menghancurkan kariernya sendiri.

Bukan sahaja terlibat dengan insiden kekasaran, Bieber juga terlibat dengan kes meminum alkohol di usia muda dan kini paling teruk sekali dia terlibat dengan kes penyalahgunaan dadah.




Bahkan menurut sumber, Justin Bieber sudah mula mengambil dadah ketika usianya belum mencecah 18 tahun. Malah, dek kerana masalah dadah jugalah, Bieber dikatakan bakal dilarang memasuki Amerika Syarikat sedikit masa lagi.
Previous Post Next Post