Keluarga Alif Satar Merisik Sha Dila



Selepas mengumumkan akan mendirikan rumah tangga pada bulan September ini, penyanyi Alif Satar telah berkongsi saat-saat manis majlis merisik kekasihnya Sha Dila Halid yang diadakan pada 14 Januari lalu.




Majlis yang berlangsung di Rembau, Negeri Sembilan itu telah diadakan secara tertutup dengan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua belah pihak. Malah, Alif sendiri tidak hadir ke majlis tersebut.

MH Online mendoakan agar hubungan yang telah terjalin sejak empat tahun lalu ini akan berakhir di jenjang perkahwinan dan segala perancangan yang diatur oleh pasangan ini akan berjalan lancar dan sempurna.



Previous Post Next Post