Konsert Teaterikal Suara Kita Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain



Filem Sembilu lakonan Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain nyata berjaya melonjakkan nama mereka untuk di minati ramai di persada seni tanah air sekitar era 1990-an lalu.

Kini, selepas kira-kira dua dekad berlalu, tiga figura ternama ini kembali bergabung untuk menghiburkan peminat mereka menerusi Konsert Teaterikal Suara Kita di Panggung Sari, Istana Budaya (IB).




Konsert istimewa yang dijangka mendapat sambutan hebat serta mampu mengubati rindu peminat pada gabungan Awie, Erra dan Ziana itu akan berlangsung pada 3 hingga 9 Mac nanti.

Bakal menghiburkan peminat dengan rangkuman lagu-lagu popular masing-masing, lebih menarik lagi tiga penghibur terkenal itu turut merealisasikan persembahan mereka secara pementasan teater muzikal.


Awie yang sememang-nya dikenali peminat sebagai penyanyi genre rock dan pop terbaik tanah air, pemilik nama Ahmad Azhar Othman ini juga sudah sinonim dengan pementasan teater termasuk aktif berlakon di layar perak.

Bagi Ziana pula tentunya genre balada yang dikuasainya dan hingga kini lagu bernada tinggi didendangkan sukar ditandingi. Pun begitu, Ziana juga memiliki karisma yang besar di layar perak sama ada melakonkan watak antagonis atau protagonis.

Pernah menyandang gelaran Ratu Cantik Malaysia suatu ketika dulu, Erra juga hebat dalam memahat nama sebagai penyanyi terutama dalam genre pop. Turut dilabel sebagai 'Primadona filem Melayu' sekitar dekad 1990-an lalu, Erra yang masih aktif berlakon juga terbabit dalam pengacaraan.

Sehubungan itu, penonton semestinya menunggu-nunggu pementasan berkonsepkan gabungan lakonan dan nyanyian yang mengimbau episod kegemilangan filem Melayu 'pecah panggung', dua dekad lalu.

Antara memori indah filem, dimuatkan lakonan hebat tiga bintang ini di bawah arahan sutradara dan penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam ialah Sembilu 2, Tragedi Oktober, Maria Mariana dan Maria Mariana 2.

Pementasan dijang-ka berlangsung selama dua jam 30 minit ini turut menayangkan semula semula sedutan babak menarik dan romantik pernah dilakonkan Awie, Erra dan Ziana menerusi filem-filem terbabit sebagai teras dan latar penceritaan.




Ia juga akan diwarnai dengan persembahan nyanyian lagu-lagu malar segar yang pastinya mengimbau semula kenangan indah yang sudah berlalu. Dipentaskan selama tujuh hari, tiket boleh didapati secara pembelian di www.ticket2u.biz atau kaunter tiket IB.

Harga tiket bagi menyaksikan persembahan penuh makna ini ialah RM79, RM149, RM199, RM249, RM299, RM349, RM399 dan RM499. Justeru, bagi orang ramai yang berminat menyaksikan persembahan ini pihak penerbitan juga menawarkan promosi poto-ngan tiket sebanyak 10 peratus dari 15 Januari sehingga 1 Februari ini.

Selain itu, bagi pembeli tiket berharga RM399 dan RM499, anda layak untuk mendapatkan jemputan istimewa untuk ramah mesra bersama selebriti pada 9 Mac , jam 9 malam dengan bayaran tambahan RM150. Bahkan, peluang ini hanya terhad kepada 500 orang penonton saja.
Previous Post Next Post