Nora Danish Kahwin bukan keutamaan!



Umum tahu, hubungan antara pelakon cantik, Nora Danish dengan anak menteri, Nedim Nazri, bukanlah satu rahsia lagi.

Meskipun masih berteka-teki mengenai hubungan mereka, namun baik Nora mahupun Nedim agak terbuka memuat naik gambargambar mesra mereka di laman Instagram.




Mengakui mempunyai perancangan untuk berumah tangga, kata Nora, buat masa ini ia bukanlah satu keutamaan sekali gus meminta peminat memberikan ruang kepada mereka untuk mengenali hati budi masing-masing.

Ramai yang mendoakan tak kurang juga yang melemparkan kata-kata negatif dan kurang senang kerana kemesraan ditunjukkan kedua mereka.




Apa pun, Nora menegaskan dia enggan melayani kata-kata negatif yang sering dilemparkan kepadanya melalui laman sosial.

Namun, sekiranya ia keterlaluan sehingga mencalarkan imej dan maruahnya, dia akan membidas semula untuk mempertahankan maruah serta hak sekiranya perkara itu dilihat keterlaluan.
Previous Post Next Post