Qi Razali Dia Kekasih Saya, Mestilah Saya Cemburu



“Saya akui rasa cemburu apabila melihat gambar ‘mesra’ kekasih saya dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, tetapi saya faham itu cuma lakonan semata-mata.

“Sungguhpun begitu, saya sebenarnya sedang belajar menerima ‘keadaan’ itu…Walaupun sebelum ini pernah berlaku salah faham dan semuanya telah selesai, saya masih lagi rasa kurang selesa hingga ke hari ini,” kata Qi Razali ketika ditemui baru-baru ini.

Bagaimanapun menurut pengacara Art Attack itu, dia tidak sepatutnya berasa cemburu kerana turut berada dalam bidang sama dengan kekasihnya Nelydia Senrose.

“Saya tak ada masalah melihat foto-foto tersebut yang masih dimuatnaik sehingga ke hari ini kerana faham itu mungkin strategi untuk mempromosi drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang sedang hangat ditayangkan di Astro sekarang.

“Cuma kapsyen-kapsyen romantis di gambar itu yang saya rasa agak keterlaluandan tak patut ditulis,” ujarnya.

Sebelum ini, pelakon Friday I’m In Love itu pernah berselisih faham dengan Sharnaaz Ahmad gara-gara gambar mesra dengan kekasihnya Nelydia.




Namun, perkara itu sudah diselesaikan dengan baik.

“Masa kes yang pertama dulu, saya mengaku terlalu cepat melenting sebab itu timbul salah faham…Tetapi saya ada menghubungi Sharnaaz dan memohon maaf kepadanya.

“Lagipun dulu masa gambar itu dihantar oleh kawan-kawan, saya tengah sakit belakang…Dengan rasa sakit dan terkejut memang menganggu emosi, terus saya twit apa yang saya rasa ketika itu,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Previu dan Sidang MediaSelebriti Materniti: Yasmin Hani di TGV One Utama.

Menjawab mengenai hubungan dia dan Nelydia, Qi berkata hubungan mereka seperti biasa dan mereka masih lagi dalam proses untuk lebih mengenali antara satu sama lain.

Tentang perancangan kahwin, Qi da Nelydia sepakat untuk menunggu sehingga majlis perkahwinan kakak buah hatinya iaitu Uqasha Senrose dan pelakon Pekin Ibrahim selesai.

“Perbincangan telah dilakukan dengan kedua-dua belah keluarga dan Insyaallah kalau ada jodoh, tidak ke mana,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Qi sibuk dengan penggambaran sebagai host untuk dua program travelogue iaitu Destinasi Bajet Asia, Art Attack dan sebuah program masakan.

Selain dia baru saja selesai menjalani penggambaran telemovie Piring Hitam dan Tahun Baru Luna.
Previous Post Next Post