Rain Bakal Turun Malaysia Mac 2014 Ini!



Para peminat Rain pastinya telah lama menantikan kemunculannya semula di persada seni selepas menghabiskan beberapa tahun menyertai militari.

Jika sekitar bulan Disember lalu Rain mengumumkan akan mengubati rindu peminatnya di Korea dengan melancarkan album terbaru, namun pengikutnya di Malaysia pula bakal melihat sendiri persembahan Rain di Konsert Twin Towers @Live 2014.

Konsert yang dijadualkan berlangsung selama dua hari itu akan menyaksikan Rain mempersembahkan dua buah lagu barunya berjudul 30 Sexy dan La Song pada 29 Mac 2014.



Rain Bakal Turun Malaysia Mac Ini!

Untuk pengetahuan anda, Rain merupakan antara artis terkenal Korea yang dipanggil untuk menghiburkan peminat K-Pop di Konsert Twin Towers @Live selepas Girls’ Generation, 2NE1, Wonder Girls dan U-KISS.

Bagi yang teruja untuk menyaksikan persembahan Rain secara langsung, anda semua dijemput hadir memandangkan tiada sebarang tiket atau bayaran dikenakan ke konsert tahunan ini.




Jangan lupa untuk lawati laman sosial rasmi untuk konsert ini di Facebook, Twitter dan Instagram untuk mengetahui barisan penghibur-penghibur lain yang akan menggamatkan lagi suasana pada malam tersebut.

Apapun kepada semua peminat Rain, jom saksikan dulu MV untuk single berjudul 30 Sexy di bawah ini. Cukup seksi tak?

Previous Post Next Post