Rita Rudaini Bawa Anak Bercuti Tenangkan Fikiran?



Khabar angin pernah tersebar mengatakan bekas suami kepada dramatis jelita, Rita Rudaini bakal melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis bernama Zarema Zainal.

Media elektronik sebelum ini juga melaporkan Aidil Zafuan akan kembali bergelar suami pada bulan Mac tahun ini namun masih belum ada kepastian tentang tarikh sebenar majlis tersebut.

Dan sejak beberapa hari lepas, Rita Rudaini pula dilihat sedang bercuti dengan anak-anaknya di sebuah pusat peranginan dipercayai di Port Dickson.



Ada yang berpendapat Rita Rudaini membawa diri ke sana untuk menenangkan fikiran berkaitan gosip percintaan Aidil dan kes tuntutan nafkah anak mereka yang masih belum selesai.

Boleh dikatakan, kisah persengketaan antara Rita dan Aidil tidak pernah reda sejak rumahtangga mereka menghadapi masalah beberapa tahun lalu hingga sah bercerai pada bulan September tahun lepas.

Namun dari apa yang diperhatikan, ibu kepada dua anak ini dilihat lebih kuat dan enggan lagi mengambil pusing dengan kontroversi yang melanda bekas suaminya.


Anak bongsu Rita dengan Aidil, Arjuna semakin comel

Menerusi foto-foto yang dikongsikan oleh Rita di Instagram, pelakon ini nampaknya benar-benar menikmati percutian bersama keluarga terdekat.

Mungkin Rita sebenarnya mengambil keputusan untuk bercuti demi meluangkan masa bersama anak-anak selepas sibuk bekerja sebagai pelakon di samping mengusahakan perniagaan kecil-kecilannya.

Apapun buat semua pembaca OHBULAN!, jom lihat foto anak-anak Rita yang semakin membesar dengan sihat dan bijak di bawah ini.



Previous Post Next Post