#tag atau hashtag anak didik KRU


#TAG dengan sebutan “hashtag” merupakan kumpulan duo terbaharu di bawah label KRU Music. #tag diwakili oleh dua anak muda berbakat besar yang merupakan kenalan rapat sejak dari sekolah rendah lagi iaitu Akira Shukri & Hez Hazmi.

#tag bermula sebagai artis `You Tube’ iaitu penggiat seni yang mempersembahkan karya lagu asli atau saduran mereka menerusi medium laman sosial tersebut.

Selain sebagai komposer muda mereka juga berbakat dalam bermain gitar. Imej mereka juga dikenali dengan duo remaja dengan gitar masing-masing.




#tag banyak menghasilkan karya asli berbanding mempersembahkan karya saduran artis lain. Banyak hasil karya mereka mendapat sambutan positif dan sokongan daripada pengikut setia mereka.

Lagu duo pertama #tag adalah My Crush versi busking yang mana mampu meraih sebanyak 113,522 views. Mereka mencipta My Crush menggunakan teknologi terkini iaitu menerusi WhatsApp yang membolehkan mereka berkongsi audio, imej dan video walaupun ketika itu jarak memisahkan mereka.




Sementara itu, My Crush versi studio menerima sentuhan komposer terkenal Edry Abdul Halim (selaku penerbit) dan ke udara di corong-corong radio bermula Januari 2014.

Malah versi ini kini telah dimuat-naik secara rasmi di rangkaian ‘You Tube’ KRU Music. Lagu ini juga sudah berada di pasaran melalui i-Tunes sementara nada deringnya melalui syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan sedang giat dijalankan promosi.
Previous Post Next Post