Tyra Banks akui cintai jurugambar



IKON dunia peragaan global, Tyra Banks menamatkan gosip hubungan cintanya dengan penyanyi rap, Drake apabila dia mengakui bercinta dengan jurugambar bernama Erik Asla.

Tyra sering ditanya media tentang isu kekasih, namun pada tahun lepas, dia memberitahu Access Hollywood bahawa Drake terlalu muda untuk dirinya. Dalam temu bual yang sama, Tyra enggan mendedahkan lelaki sebenar yang bertakhta di hatinya.




Namun, kini dia tidak lagi menyembunyikan rahsia percintaannya dengan Asla yang sebenarnya selama ini sudah biasa merakam fotonya.

Malah fotonya bersama Asla tersebar dalam laman-laman web baru-baru ini.

Ujarnya juga kepada Access Hollywood: "Lelaki yang selama ini bercinta dengan saya merupakan seseorang yang sudah lama dirakam gambarnya bersama saya."




Asla yang berasal dari Norway merupakan bekas pembantu jurugambar kepada jurugambar selebriti, Herb Ritts dan dia pernah bekerja untuk projek kempen iklan gergasi seperti untuk jenama Calvin Klein dan Saks Fifth Avenue.
Previous Post Next Post