Ustaz Don Timang Anak Sulung



Tahniah diucapkan kepada pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal yang kini bergelar bapa apabila isterinya, Husna Mohd Zahry telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya, semalam.




Husna telah menjalani proses bersalin di Mesir berikutan dia kini sedang melanjutkan pelajaran di sana dan akan pulang ke Malaysia pada penghujung bulan ini.




Menerusi status yang ditulis di akaun Facebooknya juga, Ustaz Don mendedahkan cahayamatanya dilahirkan dengan berat 3.55 kilogram dan kini berada dalam keadaan sihat.

Untuk rekod, Ustaz Don dan Husna telah diijabkabulkan pada 23 Ogos 2012 di kampung halaman Husna yang terletak di Pulau Pinang.
Previous Post Next Post