Zamir dinobatkan sebagai Juara Masterchef All Stars



Sekalung tahniah kepada Zamir yang berjaya dinobatkan sebagai JUARA #MasterChefMYALLStars. Zamir telah mengalahkan naib juaranya iaitu Selina pada hari ini 28 Januari 2014.






Profil Zamir
Umur: 21 tahun
Asal: Shah Alam
Pekerjaan: Pelajar Kulinari
Hidangan Kegemaran: Burger dan Kentang Goreng
Lokasi Percutian Kegemaran: Itali
Pencuci Mulut Kegemaran: Creme Brulee
Manis atau Savouri: Savouri
Pedas atau Bawang Putih: Bawang Putih




Cucu yang bagus adalah cucu yang mengamalkan apa yang diajar oleh datuk atau neneknya. Begitulah juga dengan Zamir yang belajar memasak daripada arwah neneknya dahulu. Zamir juga meminati Jamie Oliver yang berusaha mengubah dunia untuk memasak secara sihat. Kedua-dua mereka menjadi sumber inspirasi Zamir untuk memasak dan terus memasak.

Masakan Barat menjadi pilihan Zamir apabila memasak. Penyediaannya yang mudah dan cepat menarik minatnya untuk memasak masakan Barat. Zamir juga meminati masakan hidangan keluarga. Hidangan yang menjadi kebiasaan masyarakat di Malaysia.

Gaya masakan yang agak gelojoh, gelabah serta kucar kacir, namun masih dapat menghasilkan hidangan yang lazat, berkualiti dan sihat menarik minat Zamir untuk meminati Jamie Oliver. Zamir mengikuti hampir kesemua rancangan masakan Jamie Oliver sejak berusia 10 tahun lagi.

Zamir memasang impian untuk memasak hidangan istimewa untuk idola kesayangannya itu, Jamie Oliver. Zamir juga ingin idolanya itu mengenalinya dan mengenali masakan yang dihasilkan olehnya.

Memiliki sebuah restoran bertaraf 5 bintang merupakan impian dan cita-cita Zamir dalam bidang masakan. Dengan cara ini, Zamir dapat memperkenalkan masakan-masakan tempatan dan sekaligus mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

Previous Post Next Post