Aliff Aziz Hubungan Kami Sekadar Kawan



Berita baik untuk kaum Hawa di luar sana yang meminati Aliff Aziz. Memberi komen mengenai gambarnya dengan seorang wanita baru-baru ini, Aliff Aziz memaklumkan yang wanita tersebut hanyalah kawan dan belum sampai ke tahap yang lebih serius. Ini bermakna Aliff Aziz masih single mingle, bujang trang tang dan boleh dingorat sekiranya anda berminat.
aliff aziz dan kekasih

Untuk makluman, wanita di sisi Aliff Aziz ini bernama Shazleen dan gambar tersebut telah diambil oleh ibu Shazleen. Terang Aliff Aziz kepada portal ARTISMELETOP:-

Sebenarnya saya lebih lama mengenali ibu bapanya kerana sebelum ini ibunya pernah memanggil saya untuk mengadakan private show bagi sesebuah organisasi dan sudah banyak kali juga kami bekerjasama.
Saya baru berkenalan dengan anaknya yang bernama Shazleen itu sejak 2 bulan lalu, Pada saya hubungan kami lebih kepada kekeluargaan.




Saya hormat dia dengan keluarga.

Saya tidak tahu bagaimana foto itu tersebar tetapi apa yang pasti bukan kami berdua sahaja yang ada ketika itu. Ramai yang sambut hari jadi saya ketika itu, malah foto itu juga diambil oleh ibunya


Aliff Aziz juga menekankan yang dirinya masih single dan kini sedang fokus pada kerjaya lakonan dan nyanyiannya:-

Saya masih single dan sedang fokus pada kerjaya lakonan dan nyanyian kerana pada pertengan tahun ini saya akan muncul dengan album solo penuh. Saya akui memang rapat dengan Shazleen, tetapi hubungan kami sekadar kawan dan belum ke tahap yang lebih serius
Kalau Aliff Aziz dan Shazleen bercinta pun rasanya pasti direstui oleh para peminat. Mereka berdua memang sama cantik dan sama padan. Tak apalah Aliff. Cuba berkawan terlebih dahulu. Mana tahu lama kelamaan akan timbul kesesuaian. Ketika itu bolehlah cuba untuk membawa perhubungan anda berdua ke tahap yang lebih jauh. Sama-samalah kita doakan.
Previous Post Next Post