Artis Terasa dipinggir

Baru-baru ini ARTISMELETOP berjumpa dengan seorang penyanyi lelaki yang satu ketika dulu cukup popular. Namun, hari ini dia sudah pun menggantung mikrofon dan lebih selesa menjalankan perniagaan sendiri.

Walaupun sudah lama bersara dari dunia hiburan, dia masih mengikuti perkembangan industri muzik tempatan. Lagipun, masih ramai lagi rakan seangkatannya aktif menyanyi. Malah, lagu penyanyi ini pun banyak yang ‘evergreen’ hingga hari ini.



ARTISMELETOP tak nafikan satu ketika dulu dia seorang pe­nyanyi yang bagus dan memang popular, tetapi apabila berpeluang duduk berborak dengannya baru-baru ini ARTISMELETOP dapat rasakan ada yang tak kena dengannya.

Sepanjang bersembang dengannya, dia lebih banyak mengutuk penyanyi termasuklah rakan-rakan seang­katannya. Dia mendakwa rakan-rakan yang sama-sama berjuang dalam industri muzik dengannya dulu kini sombong dan meminggirkannya.





Sebenarnya ARTISMELETOP agak musy­kil sama ada orang yang meminggirkannya atau dia sendiri yang meminggirkan diri?


Ini kerana sebelum itu ARTISMELETOP pernah berjumpa dengan beberapa rakan seangkatannya dan rata-rata mereka memuji bakatnya selain ramai yang bertanya di mana dia berada sekarang. ­Kebanyakannya mahu berjumpa dengan pe­nyanyi terbabit kerana ARTISMELETOP difahamkan kali terakhir mereka bertemu ialah lebih 20 tahun lalu.

Jadi, siapa yang sombong sebenarnya?

ARTISMELETOP rasa penyanyi terbabit berasa rendah diri kerana dia tidak lagi popular dan tidak punya apa-apa selain me­ngusahakan perniagaan secara kecil-kecilan sedangkan rakan-rakan lain berjaya.

Bagi SS, dia tidak perlu takut dengan bayang-bayang sendiri kerana mereka tidak pernah memandang rendah terhadap dirinya.

Biarlah apa orang nak kata pun, yang penting dia masih mencari rezeki yang halal.


SS: Bila sudah berada di atas, sekali sekala pandang-pandanglah di bawah.
Previous Post Next Post