Awi Rafael Doakan Hanez Suraya Bahagia Dengan Bakal Suami



Walaupun sudah berpisah, komposer dan penyanyi Awi Rafae mengaku gembira apabila mendapat tahu bekas kekasihnya, Hanez Suraya bakal berkahwin tidak lama lagi.

“Saya sentiasa mendokan dia bertemu jodoh…Mendengar khabar tentang Hanez bakal berkahwin, saya rasa gembira sekali.

“Sebelum ini saya tidak tahu mengenai berita (perkahwinan) itu, sehinggalah ditanya oleh para wartawan. Saya bersyukur dia telah menemui teman hidupnya dan harap dia bahagia sentiasa,” kataya ketika ditemui pada malam Isnin.

Sementara itu menurut Awi, walaupun Hanez sudah bertemu pengganti, dia pula masih belum terfikir untuk mempunyai kekasih dalam masa terdekat ini.




“ Saya sedang sibuk menguruskan syarikat produksi saya iaitu Runway Productions Sdn. Bhd. dan buat masa ini saya masih belum bersedia ke arah itu (berkahwin).

"Runway Production sudah setahun ditubuhkan, dan saya sudah menerbitkan sebuah filem berjudul Bravo dan bakal memulakan sebuah filem baru iaitu Tuli Sekampung," ujarnya.

Hanez Suraya baru-baru ini telah membuat pengakuan menerusi Metro Ahad, bakal menamatkan zaman bujangn dengan kekasihnya yang merupakan seorang ahli perniagaan yang berusia 34 tahun pada tahun ini.

Ahli perniagaan tersebut dikatakan sudah bertemu dengan ahli keluarga Hanez untuk melamar dan bakal bertunang dalam masa terdekat.

Kedua-dua belah keluarga juga sudah memilih tarikh pernikahan.

Awi dan Hanez pernah bercinta dan hubungan mereka tidak dapat bertahan lama dan terputus di tengah jalan.
Previous Post Next Post