Berendam Najis Gajah, Azura Zainal Fokus Untuk Menang!



Minggu kedua Fear Factor Malaysia 2 (FFM2) telah menyaksikan kumpulan B mengharungi tiga cabaran yang sukar iaitu ‘Russian Swing’, ‘Lidah Terbelit’ dan ‘Dung Bath’.

Menurut salah seorang peserta FFM2 yang juga merupakan penyampai radio RED FM, Azura Zainal, pada mulanya dia tidak yakin kepada pasangannya iaitu Rachel untuk mengharungi cabaran tersebut.

“Pada awalnya, saya memang tidak berapa yakin yang Rachel dan saya mampu untuk melakukan cabaran tersebut.

“Yalah, kami pun baru kenal pertama kali dan saya juga tidak tahu tahap ketangkasan dan kecekapan masing-masing… Tapi saya percaya pada dia dan kami telah memberikan yang terbaik. Sebagai hasilnya kami berjaya mengumpul sebanyak empat bendera,” katanya

Selain itu Azura turut menceritakan betapa sukarnya untuk mencari syiling dalam cabaran ketiga iaitu “Dung Bath’ kerana ianya terletak pada dasar bekas yang dipenuhi najis gajah.




“Dalam cabaran tersebut, saya bersaing dengan Thanuja dan saya akui memang sangat susah… Tangan dia panjang dan saya pula bila cari-cari asyik terkena tangan dia.

“Fikiran saya masa itu kosong, tak rasa risau ataupun takut… Sebab pada saya menang itu lebih penting dan fokus saya adalah untuk mendapatkan duit syiling tersebut,” katanya yang sering membuat latihan fizikal untuk mengekalkan stamina sebelum berangkat ke Cape Town.

Jadi bagaimanakah dengan cabaran untuk episod seterusnya?

Sama-sama kita nantikan.

Fear Factor Malaysia bersiaran secara eksklusif pada setiap Sabtu, jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran104) serta siaran serentak di Astro Maya HD (saluran 135). Program ini juga boleh ditonton menerusi perkhidmatan aplikasi Astro-On-The-Go.

Manakala Akses Fear Factor Malaysia pula akan bersiaran setiap Ahad, jam 9.00 malam mulai 16 Februari 2014.

Layari http://fearfactormy.blogspot.com/ untuk menonton secara online
Previous Post Next Post