Engku Imran Kongsi Gambar Uruskan Aleesya Tanpa Erra Fazzira



ARTISMELETOP nak buat pengakuan kat sini,sebenarnya ARTISMELETOP memang peminat kepada anak kepada Engku Emran dan Erra Fazira iaitu Engku Aleesya! Hahaha sukalah lihat wajah dan keletahnya yang comel sejak kecil lagi.

Seperti kita sedia maklum, Aleesya kini di bawah jagaan Engku Emran setelah pasangan ini sah bercerai pada 18 Februari lalu. Manakala Erra diberikan hak lawatan dan bermalam selain cuti sekolah dan hari perayaan sahaja.

Jadi segala urusan anak mereka yang kini berusia 5 tahun akan banyak diuruskan oleh Engku Emran. ARTISMELETOP ada juga mengikuti laman sosial instargam Emran ni. ARTISMELETOP lihat sejak dia ambil alih tugas menjaga anaknya itu, banyak juga foto-foto yang dikongsikan.




ARTISMELETOP lihat setiap pagi, Emran pasti akan menyiapkan Aleesya siap berbaju sekolah dan sarapan. Sampaikan dandanan rambut serta klip rambut pun diuruskannya. Baguslah begitu, tapi ARTISMELETOP tak tahu lah sama ada Emran kekok atau tidak menguruskannya.

Apa-apa pun, ARTISMELETOP harap Emran dan Erra sama-samalah menjaga anaknya itu yang mungkin belum faham apa-apa yang berlaku. Lagipun,anak kan amanah Allah.

ARTISMELETOP: Tengah fikir siapa yang salah dalam pergaduhan antara Lisdawati dan Sharnaaz.
Previous Post Next Post