Erra Fazira dan Engku Imran Sah Bercerai


Pengacara program bual bicara Primadona, Erra Fazira hari ini telah disahkan bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin.

Lafaz cerai itu telah dilakukan dihadapan Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor Mohammad Adib Husin, sebentar tadi.

Ditemani aktres Umie Aida dan produser filem Erma Fatima, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 40, tiba di pekarangan mahkamah sekitar jam 11.45 pagi tadi.




Erra Fazira telah berkahwin dengan Engku Emran pada 25 Okt 2007. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya yang kini berusia 5 tahun.

Artikel Selepas
« Artikel Selepas
Artikel Sebelum
Artikel Sebelum »