Gandingan Eksklusif Awie Dan Erra Fazira Di MeleTOP Malam ini!



Minggu lalu kecoh dengan pelbagai cerita dan gosip panas yang melanda artis-artis terkenal tanah air. Bermula dengan kes penceraian Erra Fazira sehingga yang terbaru kes aktor Sharnaaz Ahmad yang membuat serangan peribadi ke atas aktres Nisdawati dan suami, Fauzi Nawawi.

Masih terlalu awal untuk membuat sebarang andaian mahupun menuding jari ke atas apa yang telah berlaku , MeleTOP episod 70 malam ini bakal membawakan para penonton tiga orang selebriti terkenal tanah air iaitu Awie, Erra Fazira dan Shah Jaszle.

Sedia maklum, Awie dan Erra Fazira bakal bergandingan menerusi teater muzikal ‘Teaterikal Suara Kita’ yang turut melibatkan penyanyi hebat Ziana Zain. Tiga nama besar ini bakal mengegarkan dan mengukir sejarah tersendiri menerusi persembahan pertama mereka bermula dari 3 hingga 9 Mac 2014.

Selain bercerita tentang ‘Teaterikal Suara Kita’, MeleTOP mala mini bakal bersama aktro Shah Jaszle yang terlibat dengan drama bersiri berjudul ‘Dendam Lima Beradik’ yang diarahkan oleh Along Kamaludin dan turut dilakonkan oleh Nasir Bila Khan, Shukri Yahya, Sharifah Sakinah dan Sobri Anuar.




Ianya akan mula ditayangkan pada 1 Mac 2014 menerusi saluran Astro Box Office Movies Tayangan Hebat (953).

Dan tidak lengkap sekiranya program MeleTOP tanpa penyanyi jemputan dan persembahan secara ‘live’. Mark Adam akan bersama hos Nabil dan Neelofa malam ini untuk berkongsi perkembangan terbaru dan juga mempromosikan lagu-lagu nya yang semakin popular di corong-corong radio.

Menarik bukan selebriti-selebriti undangan MeleTOP malam ini bukan? Jika ingin mengetahui lebih lanjut tentang teater muzikal ‘Teaterikal Suara Kita’ dan ‘Dendam Lim Beradik’, jangan lupa untuk menyaksikan program MeleTOP episod 70 malam ini bermula jam 10 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).

Nantikan juga persembahan secara ‘live’ oleh Mark Adam menerusi lagu terbarunya ‘Si Katak’ malam ini.
Layari www.meletop.com.my untuk info trendy terkini seperti Gosip MeleTOP, Carta Filem dan Lagu MeleTOP serta banyak lagi!
Previous Post Next Post