Linda, Beego teruja timang anak pertama



Debaran menanti kelahiran anak pertama. - Foto Ryaniez Moments Photography.

MENANTIKAN saat bergelar ibu tentunya adalah detik paling indah buat seorang isteri. Apatah lagi jika sedang hamil anak pertama.

Pengalaman sama tentunya sukar untuk dilafazkan oleh pelakon Linda Hashim yang kini usia kandungannya melewati trimester ketiga.

Sebuah portal hiburan tanah air berkongsi keterujaan pasangan Linda dan Beego menerusi gambar-gambar bidikan Ryaniez Moments Photography.




Foto-foto 'pre maternity' berlatarbelakangkan hutan dan tepian pantai ini begitu menarik apabila kedua-dua pasangan ini mengenakan pakaian dari rona putih.

Linda Hashim atau nama penuhnya, Norhazlinda Hashim sah menjadi isteri kepada Beego atau nama sebenarnya Md Aszerul bin Nizam Abdullah pada 7 Jun, tahun lalu.

Ini adalah perkahwinan kedua buat Beego dan merupakan perkahwinan pertama buat Linda.

Dibawah video resepsi perkahwinan mereka
Previous Post Next Post