Lisdawati ingin bersemuka Sharnaaz selepas pulang umrah

NAMPAKNYA perang dingin antara pasangan suami isteri, Fauzi Nawawi, Lisdawati bersama aktor Sharnaaz Ahmad, masih belum menemui jalan penyelesaian.

Rentetan peristiwa berikut Lisdawati ingin bersemuka Sharnaaz selepas pulang umrah ikuti video terbaru dari Lisdawati



Imbauan Menerusi sebuah akhbar tempatan, Sharnaaz telah memberi kata dua agar Lisda dan Fauzi memohon maaf dalam tempoh seminggu dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika pasangan itu gagal berbuat demikian.

Bagaimanapun, Fauzi tetap dengan pendiriannya dan tidak akan akur dengan permintaan pelakon Juvana itu.



“Kenapa saya perlu minta maaf, ada sebab saya keluarkan kata seperti itu, tahap kesabaran saya pun ada batasnya. Tetapi saya tak pernah memaki hamun serta mengaitkan keluarganya,” kata Fauzi.




Tegasnya, Sharnaaz juga sepatutnya berhenti mengugutnya dan membawa kes tersebut ke muka pengadilan. Jelasnya, Sharnaaz yang terlebih dahulu memulakan persengketaan dengan memaki serta memarahi isterinya di lokasi penggambaran drama Bukan Aku Tak Cinta, minggu lalu.
Previous Post Next Post