Marsha Anak Dara Tua?



"DIA hanya bergurau semata-mata. Perkara itu tidak benar sama sekali," ulas heroin Laga, Marsha Milan Londoh mengenai rakaman video yang dimuat naik oleh pengarah, Michael Ang di Instagram.

Rakaman berserta kapsyen ‘Marsha putus cinta sekali lagi sebab BF EGO sgt semua nak tahu tapi bila masa dia semua tak bagitahu! Kesian! ANAK DARA TUA LA!’ ternyata menimbulkan pelbagai tanda tanya apatah lagi apabila ia melibatkan kisah cinta aktres berusia 29 tahun itu.

Enggan membiarkannya terus menjadi tanda tanya, Marsha lantas menafikan mengenai perkara itu dan memberitahu, dia kini sedang berbahagia di samping yang tersayang.

Difahamkan, Marsha kini sedang dilamun cinta dengan jejaka Melayu iaitu ahli perniagaan yang berasal dari Pulau Pinang dan hanya dikenali sebagai Mr.S.

Tambahnya, dia juga sedang menunggu rakaman video baharu daripada Michael untuk dimuat naik di laman sosial itu bagi menjelaskan situasi sebenar mengenai status dirinya itu.




"Sepanjang saya mengenali dia, Michael memang seorang yang gemar mengusik dan menyakat.

"Apatah lagi kami berkawan baik. Dia hanya main-main. Saya dah biasa dengan gurauannya.

"Lagipun dah empat tahun kami berkawan baik. Saya tahu Michael macam mana orangnya," kata Marsha lagi kepada Zass.

Ketika ditanya adakah teman lelakinya selesa dengan gurauan sebegitu, Marsha hanya berkata:

"Dia (teman lelaki) agak terkejut mungkin kerana tak biasa.

"Tapi, hubungan saya dengan dia masih lagi baik," katanya.

Dalam perkembangan lain, Marsha kini sedang menunggu tiga filem lakonannya, 7UJUH, Juanita dan Pak Pong untuk ditayangkan di pawagam tidak lama lagi.
Previous Post Next Post