Miley Cyrus Cetus kontroversi lagi



DIA kembali lagi dengan kontroversi baru. Kali ini anak artis Billy Cyrus itu ‘buat hal’ apabila sengaja menunjukkan aksi-aksi kurang elok semasa mengadakan konsert jelajah Bangerz di Vancouver, Kanada tempoh hari.

Dihadiri jutaan peminat, konsert jelajah itu dianggap tidak patut diadakan memandangkan Miley tidak serik menarik perhatian penonton dengan aksi lucah dan kurang sopan meskipun tahu kalangan peminatnya terdiri daripada golongan kanak-kanak.

Seperti yang pernah dipaparkan semasa persembahannya bersama Robin Thicke di MTV Video Music Awards (VMA) tidak berapa lama dahulu, Miley kembali menjadi buah mulut apabila melakukan aksi hampir sama di hadapan penonton konsert Bangerz.

Di hadapan seorang penari yang memakai topeng wajah bekas presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton, Miley dikatakan sengaja membuat aksi ala lucah dengan lelaki tersebut.

Selain itu Miley juga berkelakuan aneh dengan mengunyah seluar dalam yang telah dilemparkan oleh seorang peminat ke atas pentas.

Tindakan secara spontan itu nampaknya bukan sesuatu yang dilihat cool daripada kaca mata sesetengah penonton malah dianggap keterlaluan!




Seperti yang pernah disaksikan pada persembahan-persembahannya yang lain, Miley umpama sengaja menampilkan gelagat nakal dan lucahnya pada konsert tersebut.

Tidak ubah seperti menonton persembahan ‘perempuan murahan’, meskipun mendapat tepukan gemuruh namun pada masa yang sama turut menerima kritikan hebat apabila gelagatnya di pentas itu dianggap tidak sesuai ditonton ramai.

Aksi-aksi kurang sopan Miley termasuk menjilat replika jari, membuat aksi twerk bersama penari pengiringnya dan menaiki replika hot dog besar sambil menari penuh ghairah.

Di sebalik konsert penuh kegilaan itu, Miley juga hadir dengan kenyataan yang lebih kelakar.

Pada satu kenyataanya kata Miley, dia percaya konsert Bangerz adalah sebuah konsert berbentuk pelajaran kepada golongan kanak-kanak.

"Saya harap semua orang dapat membuka minda mereka dan melihat bahawa konsert jelajah saya ini adalah sesuatu yang berguna kepada kanak-kanak.

"Saya rasa tak ramai yang terdedah kepada seni dan itu adalah sesuatu yang saya sendiri mahu belajar," katanya.

Malah Miley memberitahu sengaja mamaparkan pelbagai kejutan pada konsert tersebut yang disifatkannya penuh warna-warni.
Previous Post Next Post