Nora Danish Idamkan Majlis Resepsi Di Pulau



Semua sudah sedia maklum mengenai perhubungan yang dijalinkan oleh pelakon Nora Danish dan juga jejaka yang paling rapat dengannya ketika ini iaitu Nedim Nazri dan mereka berdua juga sering berkongsikan foto bersama di laman sosial 'Instagram' masing-masing.Ura-ura mengenai pasangan ini telah pun mula membeli barang serba sedikit barang hantaran di luar negara juga turut kedengaran baru-baru ini,

Namun Nora Danish telah pun mengulas bahawa beliau tidak pernah membeli sebarang hantaran dan tidak mengetahui bagaimana cerita tersebut tersebar dan beliau juga tidak membuat sebarang persiapan perkahwinan.Akui Nora, dirinya dan Nedim juga tidak pernah berbincang mengenai perkahwinan dan mereka berdua amat fokus dengan kerjaya dan anak masing-masing dan itulah yang membuatkan mereka berdua selesa bersama ketika ini.




Sekiranya ditakdirkan Nora berkahwin kelak, beliau enggan sebarang hantaran dan cukuplah sekiranya majlis pernikahan diadakan di Kuala Lumpur dan sebuah majlis resepi di pulau yang telah menjadi idamannya selama ini. Lokasi pulau kegemarannya adalah di Bali yang mana sering menjadi lokasi kegemaran Nora dan diibaratkan sebagai rumah kedua beliau di sana.Apa pun kami doakan yang terbaik untuk Nora Danish dan semoga segala perancangan beliau berjalan dengan lancar.
Previous Post Next Post