Shahrol Akan Terus Cari Jalan Bertemu Jep



“Buat masa ini Jep memang enggan bertemu saya, tapi saya akan tetap berusaha untuk bertemunya. Di pihak saya , memang akan bersedia kalau ada salah.

“Saya kenal Jep sejak ujibakat Raja Lawak 3 dan sayangkan hubungan ini. Saya mahu berbicara dari hati ke hati dengan dia,” komen Shahrol mengenai selisih faham di antara dia dengan Jep yang masih tidak berkesudahan.

Menurut ahli kumpulan Shiro ini lagi ,dia merancang untuk bertemu Jep sebagai jalan ke arah pendamaian dan mahu menamatkan isu tersebut yang baginya, tidak menguntungkan sesiapa.

“Saya memang mengharapkan segala-galanya pulih seperti biasa dan berharap Jep positif untuk menyelesaikan perbalahan ini,” katanya positif.

Dalam pada itu, Shahrol turut meluahkan rasa kesalnya terhadap pihak yang sengaja memperbesarkan salah faham yang berlaku di antara dia dengan Jep.




“Sebenarnya isu dengan Jep bukanlah besar sangat, tapi mungkin sengaja diperbesar-besarkan sesetengah pihak.

“Mungkin disebabkan tekanan dalam persaingan Maharajalawak Mega 2013 (MLM2013) membuatkan kami jadi begini. Sebelum ini kami memang sangat rapat,” katanya.

Tambah Shahrol lagi, dia memohon supaya perkara ini tidak lagi ditanya kerana tidak mahu ia berlarutan.

“Sewaktu dalam MLM 2013 cara saya dan Jep bekerja berbeza. Saya lebih suka duduk diam-diam di belakang pentas untuk fokus kepada persembahan setiap minggu.

“Jep pula lain caranya. Mungkin dari situlah tercetus isu kami perang dingin sehingga segelintir peminat turut terpengaruh.

“Apapun saya tak mahu panjangkan lagi perkara ini dan mahu selesaikannya secepat mungkin,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro pada Jumaat.

ARTISMELETOP: Tak elok la berbalah sesama sendiri. Semoga semuanya diselesaikan dengan cara baik. Di harap Sharnaaz dan Lisdawati akan berbaik tidak lama lagi.
Previous Post Next Post