Shila Amzah Berjaya Kumpul 190,324 Fans China di Weibo!



ARTISMELETOP ada cerita terbaru tentang komposer, pemuzik dan penyanyi muda berbakat, Shila Amzah yang kini sibuk menyertai program realiti nyanyian China, I Am A Singer.

Memandangkan Shila mempunyai fans yang ramai di negara republik itu, dia telah membuka akaun Facebook versi China yang dipanggil Weibo.

Al-maklumlah di China, Facebook tidak dibenarkan beroperasi. Sebagai alternarif lain, laman sosial media yang mirip Facebook telah diwujudkan.




Tak pastilah ARTISMELETOP bila Shila Amzah mula membuka akaun Weibo tersebut. Namun, yang ARTISMELETOP pasti sangat-sangat, Shila sudah berjaya kumpul fans seramai 190,324 di China.

Barangkali angka itu sudah pun makin bertambah sekarang. Sebab, kali terakhir ARTISMELETOP tengok adalah pada minggu yang lalu.

Dalam akaun Weibo itu, Shila Amzah telah berkongsi banyak perkara tentang kerjaya seninya. Malah, dia juga turut memberitahu fansnya di China bahawa dia kini masih lagi sibuk mempelajari bahasa Mandarin. Dia juga turut memuat naik gambar guru Mandarinnya di dalam laman sosial ini.

MuraiBatu: Peninglah dengan kisah artis tempatan gaduh-gaduh ni...
Previous Post Next Post