Taruhan baru Will Smith



BIARPUN filem pertama terbitannya, After Earth tidak mencatat kutipan yang memberangsangkan dan turut menjadi sasaran pengkritik filem, namun ia tidak sesekali mematahkan semangat Will Smith untuk menerbitkan filem keduanya, Briliance.

Filem yang dipercayai bergenre thriller itu diadaptasi dari novel tulisan Marcus Sakey. Ia dipercayai berkisar manusia yang mempunyai kuasa khusus dan disebut sebagai mereka yang 'brilliants'.

Golongan ini juga menjadi buruan agen persekutuan dan dianggap sebagai pengganas.

Menurut sumber, Smith akan sekali lagi berlakon dalam filem ini dan ia akan diterbitkan di bawah syarikat Warner Bros dan bakal ditayangkan pada tahun hadapan.


Previous Post Next Post