Telatah Comel Anak Que Haidar dan Linda Jasmine



ARTISMELETOP rasa lama betul tak dengar cerita mengenai aktor, Que Haidar dan isterinya, Linda Jasmine. Yelah, selepas kali terakhir dia berlakon dalam filem Rock Oo, ARTISMELETOP rasa kemunculannya dalam industri sudah pun semakin pudar.

Tapi, ARTISMELETOP tetap mengikuti Que di laman sosia l Twitter. Que banyak juga berkongsi aktiviti-aktiviti terkininya menerusi foto yang dimuat naik dalam laman sosial itu.

Paling menarik perhatian ARTISMELETOP, apabila seronok melihat wajah dan keletah 2 anaknya iaitu Tengku Ratu Haidar, 5, dan Tengku Cleopatra yang kini berusia 3 tahun di dalam foto yang dimuat naik.




Keletah dan gelagat anak dara mereka sangat comel apabila semakin membesar. Apa yang pastinya, Ratu, ARTISMELETOP lihat dah mula ikut jejak langkah ibunya apabila mengikuti kelas tarian ballet.

Bukan sahaja pandai menari, malah pandai juga ‘berposing’depan kamera. Ayahnya, pula rajin melayan keletah anak-anak.

ARTISMELETOP daokan agar keluarga ini bahagia bersama lebih-lebih lagi pasangan ini baru sahaja menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-5 pada 14 Februari lalu.

ARTISMELETOP: Musim panas ni, bikin ARTISMELETOP terasa nak demam sahaja
Previous Post Next Post