Aktres Zhang Ziyi Gesa Rakyat China Boikot Malaysia



Selebriti ternama China, Zhang Ziyi secara terbuka menyatakan kemarahan ke atas tindakan Malaysia dalam menangani isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Menerusi laporan Malaysiakini, pelakon yang popular menerusi filem Crouching Tiger, Hidden Dragon itu menyatakan demikian di laman Weibo, sejenis laman sosial persis Twitter dan Facebook di China dengan mengutuk Malaysia dan menggesa agar warga China memboikot produk Malaysia.




Antara status yang dimuat naik oleh Zhang adalah seperti berikut:-

“Kerajaan Malaysia, anda menyakiti dunia! Kami mencari pesawat tetapi anda mengutamakan politik

“Kerajaan Malaysia, anda salah. Anda salah kerana tidak memikul tanggungjawab sepatutnya sebagai kerajaan. Anda salah kerana mengutamakan usaha politik berbanding menghormati nyawa.

“Anda salah kerana tidak menghormati usaha seluruh dunia, termasuk usaha China untuk mencari kebenaran.

Salah seorang penumpang dalam pesawat malang tersebut adalah perekatari dan pelakon lagak ngeri popular Ju Kun yang pernah bekerjasama dengan Zhang.

Untuk rekod, Zhang sebelum ini pernah berlakon bersama Tan Sri Michelle Yeoh, aktres kelahiran Malaysia dalam dua filem besar iaitu Crouching Tiger, Hidden Dragon (2000) dan Memoirs of a Geisha (2005).

Status dari Zhang itu dimuat naik selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada hari Isnin lalu mengumumkan pasukan penyiasat percaya penerbangan MH370 berakhir di tengah Lautan Hindi, jauh dari sebarang daratan.

Tindakan Zhang itu selari dengan sentimen para waris penumpang warga China, yang berarak dan berhimpun di hadapan kedutaan Malaysia di Beijing untuk menuntut penjelasan MAS.

Laporan menyebut kumpulan ahli keluarga penumpang itu melaungkan "Kerajaan Malaysia bohong pada kami" dan "Malaysia, kembalikan keluarga kami" sambil berarak secara aman dan mempamerkan kain rentang.

ARTISMELETOP: Inilah akibatnya terpengaruh dengan media tak betul. Sepatutnya artis Zhang Zhiyi merujuk kepada medium yang benar sebelum membuat kenyataan. Kesian dia.
Previous Post Next Post