Ariani Lancarkan Koleksi Tudung Siti Nurhaliza



Jenama tudung Ariani sememangnya cukup sinonim dan bukannya satu nama asing di kalangan wanita Muslimah Malaysia. Tudungnya yang berkualiti tinggi dengan harga berpatutan membuatkan Ariani menjadi pilihan ramai. Baru-baru ini, ARTISMELETOP telah menghadiri satu majlis ekslusif pelancaran koleksi 2014 Ariani dengan rekaan yang lebih mantap dan menarik.

Selain daripada pengumuman Nurul Syuhada Nurul Ain sebagai duta Ariani menggantikan Wardina, ARTISMELETOP cukup teruja dengan pelancaran “Siti Nurhaliza Collection by Ariani“. Kerjasama yang turut menyaksikan Datuk Siti Nurhaliza dilantik sebagai ikon Ariani ini pastinya menggembirakan para peminat beliau yang selama ini mahu mengikut gaya fesyen tudungnya. Memang cantik-cantik belaka tudung yang dikeluarkan di bawah nama “Siti Nurhaliza Collection by Ariani” ini.




Kini menerusi akaun Instagram Galeri Ariani, “preview sale” untuk koleksi tudung “Siti Nurhaliza Collection by Ariani” sudah mula dimuatnaik untuk tatapan ramai. Sekali pandang pun ARTISMELETOP dah tahu confirm akan “sold out” macam pisang goreng panas. ARTISMELETOP yakin para peminat Datuk Siti Nurhaliza tidak akan melepaskan peluang untuk memiliki tudung rekaan beliau.

Ramai Wife dah mula memujuk suami minta dibelikan tudung-tudung Siti Nurhaliza ini. Korang pun pasti rasa teruja kan? Jadi tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk memiliki “Siti Nurhaliza Collection by Ariani” dengan melayari laman web www.ariani.my sekarang juga.
Previous Post Next Post