Engku Emran & Erra Fazira Sambut Hari Jadi Engku Aleesya Bersama-Sama



Walaupun sudah tidak mempunyai hubungan suami isteri, Engku Emran dan Erra Fazira telah menghabiskan masa bersama-sama untuk menyambut hari jadi ke 5 anak mereka, Engku Aleesya. Terharu Abang Nara melihat kesungguhan mereka demi anak yang tercinta. Pastinya Engku Aleesya adalah orang yang paling gembira dengan kehadiran kedua ibu bapa di hari kelahirannya.

ARTISMELETOP juga turut tertarik dengan satu gambar yang telah dikongsi oleh Engku Emran menerusi Instagramnya. Banyak peminat yang terharu membaca kata-kata Engku Emran dan mendoakan agar suatu hari nanti Engku Emran dan Erra Fazira akan bersatu kembali.
Dear Alllah…in this hour exactly 5 years ago…u gave these 2 souls Precious…and juz like the pic describes, they were the happiest parents in ur entire universe…Happy Birthday Aleesya… Love, Ayah.

Sedangkan pantai lagi berubah, inikan pula hati manusia. Mana tahu suatu hari nanti doa orang ramai akan makbul dan Engku Emran serta Erra Fazira kembali bersatu demi anak mereka. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa keping gambar sekitar sambutan hari jadi Engku Aleesya dengan membaca artikel ini sepenuhnya.




Previous Post Next Post