Filem Divergent Terima Sambutan Hangat



FILEM yang dikhabarkan bakal menandingi filem Twilight dan The Hunger Games, Divergent terus mendapat sambutan hangat daripada penonton.

Dikhabarkan filem yang diadaptasi dari novel Veronica Roth dan dibintangi oleh Shailene Woodley, Theo James dan Kate Winslet ini sudah berjaya mengutip USD 56 juta dan kutipan itu dijangkaterus meningkat minggu ini.

Divergent adalah filem aksi-pengembaraan mendebarkan mengisahkan pada masa depan di mana manusia dibahagikan kepada puak yang berbeza berdasarkan personaliti mereka. Tris Prior diberi amaran bahawa dia seorang Divergent dan tidak dikategorikan ke dalam mana-mana satu kumpulan.




Apabila dia mendapati satu konspirasi untuk memusnahkan semua Divergent, dia mesti menyiasat apa yang membuatkan Divergent menjadi begitu berbahaya sebelum ia terlambat.

JOM saksikan trailer filem Divergent

Previous Post Next Post