Gwyneth, Chris bercuti lepas bercerai


GWYNETH PALTROW

MINGGU lalu dunia hiburan Hollywood dikejutkan dengan berita perceraian aktres Gwyneth Paltrow dan vokalis Coldplay, Chris Martin. Rumah tangga mereka musnah selepas lebih 10 tahun hidup sebagai pasangan suami isteri. Terlalu kerap sibuk dengan urusan masing-masing (kerjaya) dan berjauhan dilaporkan menjadi faktor kemusnahan rumah tangga pasangan selebriti tersebut.

Selepas membuat pengumuman melalui kenyataan media, Chris dan Gwyneth dilaporkan telah terbang ke Bahamas bersama dua anak mereka, Apple, 9, dan Moses, 7, untuk bercuti.

Menurut satu sumber, mereka telah menghinap di sebuah kediaman peribadi mewah berhadapan dengan pantai di kawasan kediaman Eleuthera.




Gwyneth dan Chris dilihat banyak menghabiskan masa bersama di pantai dan menunggang kuda. Mereka bagaimanapun didakwa tidak kelihatan ceria sewaktu menghabiskan masa berdua.

Hubungan tegang tersebut bertukar ceria sebaik dua anak mereka bersama.

"Mereka nampak tegang bersama, tapi suasana itu bertukar ceria dan nampak seperti mereka keluarga yang tidak mempunyai masalah apabila Apple dan Moses ada bersama," ujar satu sumber.

Terdahulu, dalam kenyataan media yang dikeluarkan, mereka berikrar untuk memberi sepenuh komitmen sebagai ibu dan bapa kepada dua anak mereka.
Previous Post Next Post