Nik Aziz Maafkan segala kesilapan saya selama pimpin Kelantan



KOTA BHARU: "Maafkan segala kesilapan saya selama saya pimpin Kelantan. Ni sakit saya mungkin Allah nak kifarah dosa saya atas apa kesalahan saya buat selama saya pimpin Kelantan," ucap bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi Sabtu.

Mursyidul Am PAS itu memohon maaf ketika menyampaikan kuliah Subuh di Masjid Pulau Melaka yang terletak di sebelah rumahnya.

Beliau melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) biarpun berjaya mengekalkan kerusi sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka.

Nik Aziz tidak menyambung tugasnya sebagai Menteri Besar Kelantan selepas 23 tahun menduduki kerusi tersebut sejak 1990.




Beliau digantikan oleh timbalannya, Datuk Ahmad Yakub dan sejak tidak melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar, Nik Aziz sering dilaporkan dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Pada Jumaat, Nik Aziz dijadualkan menghadiri Majlis Himpunan Reformasi 2.0 di Kota Bharu yang turut disertai Datuk Seri Anwar Ibrahim namun beliau tidak menyertainya kerana tidak sihat.

Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai menteri besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia.

Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.

Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims"
Previous Post Next Post