Nurul Wahab gigih berniaga



Dalam diam, Nurul Wahab khabarnya makin bersemangat mengembangkan perniagaan. Jika sebelum ini, penyanyi yang popular dengan lagu Kerana Terluka itu rancak berniaga produk makanan kesihatan, terbaru Sha dapat tahu, dia akan memperkenalkan koleksi pakaian di bawah label New- rules Collection.

Sebagai percubaan, dia akan mengeluarkan pakaian untuk wanita dulu dan khabarnya akan melancarkannya dalam waktu terdekat.




Sha difahamkan, Nurul pada mulanya mahu usahakan perniagaan kasut dan ia sudah lama dalam perancangan. Bagaimanapun, timbul idea pada saat akhir untuk ketengahkan label baju dulu. “Insya-Allah April ini saya akan lancarkan kasut di bawah label sama. Sebagai pengenalan, saya keluarkan baju dulu. Baju idea bersama saya dan ibu mentua. “Saya ada kakak angkat yang boleh menjahit baju dan ibu mentua cadangkan saya jual baju. Dia yakin Newrules Collection akan dapat sambutan, apatah lagi baju yang saya keluarkan sesuai dipakai semua wanita.

“Saya juga fokuskan jualan dalam talian buat masa ini. Jika ada permintaan tinggi, saya akan pertimbangkan buka butik,” katanya. Promosi Newrules Collections sudah bermula di laman sosial Instagram miliknya dan akan menyusul di Twitter serta Facebook.


Sha dimaklumkan, semua koleksi baju di bawah label itu direka sendiri oleh Nurul, malah dia turun padang untuk memilih material.
Previous Post Next Post