Reen Rahim Berbikini Di Thailand



Juara program Pilih Kasih musim ketiga dan kini bergelar pelakon, Reen Rahim baru baru ini menjadi bualan peminat apabila beliau memuat naik beberapa keping gambar percutian beliau di pulau cantik Koh Lipe, Thailand.

Yang menjadi isu di kalangan peminat dunia hiburan adalah tindakan berani Reen Rahim memuat naik gambar beliau berbikini ketika bercuti bersama rakan rakannya itu dan dalam komuniti Melayu, pastinya itu sesuatu yang sensitif.

“Minta maaflah. Kalau setakat komen dengan cara yang biadab dan kasar, saya takkan ambil kisah pandangan mereka. Bagi saya, gambar yang dikongsi itu tidak keterlaluan dan boleh diterima keluarga sendiri, saya tak anggap ia satu masalah,” ujarnya kepada Harian Metro.




Reen Rahim juga berkata yang beliau berkongsi gambar sebegitu di Instagram adalah untuk kepuasan sendiri dan sama sekali tidak bertujuan untuk mencetuskan provokasi kepada mana mana pihak seperti mana yang dikatakan orang ramai.

Tapi, tapi ‘kan apabila kami lihat beberapa keping gambar Reen Rahim di Instagram yang didakwa seksi dan provokasi itu tidaklah seseksi mana sebenarnya. Sensitive much?

ARTISMELETOP: Selalu la menjaga maruah diri dan keluarga, kalau bukan diri sendiri siapa lagi?

Artikel Selepas
« Artikel Selepas
Artikel Sebelum
Artikel Sebelum »