Tak kenal Woo Bin



Pada satu program televi- syen, kru produksi Four Sons One Daughter mendedahkan, Kim Woo Bin menjalani penggambaran pro- gram mereka di Chuncheon, Kangwon-do.

Mereka terkejut kerana pada sesi itu, tiada sesiapa mengenali Woo Bin, terutama masyarakat dewasa.


Woo Bin dan tetamu program memperkenalkan diri kepada penduduk setempat di dewan awam. Mereka sengaja bertanya sama ada sesiapa kenal Woo Bin.

“Kami kenal Kim Gu Ra, tapi siapa Kim Woo Bin?” tanya penduduk setempat.


Seo Jang Hoon yang turut berada di situ cuba menenangkan Woo Bin yang turut berada di sana.


“Kalau kamu mahu warga emas mengenali kamu, kamu kena muncul di televisyen tujuh atau lapan kali seminggu seperti Kim Gu Na, bukan sekali dua dalam setahun,” gurau Jang Hoon pada Woo Bin.


Previous Post Next Post