The Jespers Mengorak Langkah Dengan 'Bangkit'



Selepas menjalani penggambaran pada Disember 2013, kumpulan The Jespers telah melancarkan video muzik terbaru, 'Bangkit' pada awal Mac lalu di semua laman sosial.

Video muzik yang memakan belanja sebanyak RM15,000.00 telah menjalani penggambaran di gelanggang tinju Dewan Kompleks Belia dan Sukan Paroi.




“Saya mengetengahkan konsep urban jaming dan memasukkan elemen sukan tinju di dalam muzik video ini. Jalan ceritanya mengisahkan tentang kebangkitan seorang mangsa buli yang kurang keyakinan diri sehinggalah dia bangkit menjadi seorang yang berani dan berjaya sebagai seorang peninju,”, ujar pengarahnya, Khaidir Shahri.




The Jespers dianggotai oleh tiga pemuzik berbakat iaitu Nash (selaku vokalis utama dan gitaris), Muiz (pemain bass) dan Peakay (pemain drum). Dalam mempromosikan lagu terbaru mereka, The Jespers telah membuat persembahan di 'Bangkit Tour' yang menjelajah beberapa bandar bermula di Rainhouse Studio, Perak pada 8 Mac 2014 dan seterusnya di Pulau Pinang, Pahang, Sarawak, Sabah, Johor, Selangor dan berakhir pada 10 April 2014 di Kuala Lumpur.
Previous Post Next Post