Ahli F4 masih bersahabat



SUATU ketika dahulu, siapa yang tidak kenal dengan kumpulan dari Taiwan, F4 yang juga dikenali menerusi drama bersiri Meteor Garden yang popular pada tahun 2001.

Biarpun sudah bergerak solo, namun ahli kumpulan yang terdiri daripada Jerry Yan, Vanness Wu, Ken Zhu dan Vic Zhou masih berkawan baik dan sentiasa berhubung antara satu sama lain.




Perkara itu didedahkan sendiri oleh Vanness yang menjadi artis jemputan dalam sebuah program baru-baru ini yang turut bercerita bagaimana persahabatannya dengan rakan F4 yang lain biarpun dia sudah berkahwin sejak Januari lalu.

“Vic Chou seorang yang sangat lucu, Ken Zhu orang yang bersahaja tetapi Jerry Yan, dia sangat keanak-anakan. Sangat sukar dan penat menjadi sahabatnya tetapi persahabatan itu berbaloi,” ungkap Vanness seperti yang dilaporkan oleh LollipopSg.
Previous Post Next Post