Aidil & Zarema Bulan Madu Di Krabi, Thailand



Akhirnya Aidil Zafuan dan Zarema Zainal berpeluang juga untuk berbulan madu selepas sudah bergelar suami isteri lebih kurang 2 bulan. Destinasi “honeymoon” mereka tidak lain tidak bukan ialah Krabi, Thailand. ARTISMELETOP pun pernah sampai ke Krabi bersama kawan-kawan dan orang tercinta. Memang cantik tempatnya terutama buat mereka yang suka menyelam. Memang terbaik!!!




Seronok ARTISMELETOP melihat pasangan suami isteri ini melakukan aktiviti-aktiviti bersama sepanjang berada di Krabi. Naik motor sesama, tengok Muay Thai, menyelam dan macam-macam lagilah. Pastinya sepanjang bulan madu ini, hubungan mereka lebih rapat dan makin mengenali antara satu sama lain. Semoga ada berita gembira mengenai cahaya mata kelak.

Lagi beberapa gambar bulan madu Aidil dan Zarema dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Instagram Zarema Zainal.

Previous Post Next Post