Amyza naik hantu di laman sosial



Takut kita membaca status dimuat naik Amyza baru-baru ini menegur sikap beberapa artis baru yang diistilahkan sebagai ‘baru nak up’ buat perangai, berlagak, sombong tak bertempat dan cuba buat musuh dengan artis lama.

Kita tidak pasti siapa artis baru dimaksudkan.

Sebabnya, bila kita tanya, dia hanya menjelaskan kenyataan dimuat naik itu ditujukan secara umum.

Ibaratnya, siapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya.


Dalam kenyataan itu, Amyza akui ada artis muda ini cepat lupa diri.

Berlakon kerana mahu kejar populariti tetapi bakat tidak seberapa.

Apabila mereka ‘buat perangai’ dengan artis senior, lagilah membuatkan dia naik darah.




Katanya, artis baru dan muda itu tidak seharusnya bersikap begitu kerana masa depan mereka dalam dunia seni belum tentu dan ada tempatnya.

Ini persaingan sesama mereka agak besar.

Berbeza dengan artis senior yang memang dikenali di kalangan penggiat seni, industri mahupun umum.

Jadi kerja mereka akan berterusan sampai bila-bila, sedangkan pelakon muda ini popular dan berduit hanya seketika.

Selepas itu, tidak tahu mereka masih diterima atau tidak.

Apatah lagi dengan sikap sombong dan berlagak tidak bertempat, pasti ramai enggan bekerjasama dengan mereka.

Mendengar luahan hati Amyza, kita bersetuju juga sebab sekarang ini banyak sangat cerita tidak sedap kita dengar mengenai artis muda yang baru hendak naik dan mencipta nama.

Masalah disiplin dan datang lewat ke lokasi penggambaran jangan ceritalah.

Kadangkala kita terfikir, mereka mahu apa dalam industri seni tempatan? Mempertaruhkan bakat, berkarya atau sekadar mahu mengejar populariti.

Tepuk dada tanya selera, betul tak Amyza?
Previous Post Next Post