Fasha Sandha Bercuti Ke Paris, Peminat Masih Tertanya Tanya Status Hamil



Sudah lebib seminggu rasanya sejak berita kehamilan pelakon popular ini diperkatakan ramai namun sehingga hari ini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi dari tuan punya badan yang mengesahkan berita gembira itu. Kami tunggu, Fasha Sandha.

Namun, itu tidak menghalang para peminat untuk terus mengikuti perkembangan terbaru Fasha Sandha dengan melihat kepada kemaskini terbaru ahli keluarga dan orang terapat pelakon itu di media sosial seperti Instagram dan Facebook.




Fasha Sandha & suami, Rizal Ashram bersama keluar mereka kini sedang berada di Paris untuk menikmati percutian dan beberapa keping gambar terbaru pelakon itu telah muncul dan menguatkan berita kehamilan sebelum ini.

Dalam beberapa keping gambar yang dikirimkan ahli keluarga, Fasha Sandha kelihatan agak berisi daripada biasa dan para peminat yang meninggalkan komen di Instagram tampak kagum dengan penampilan beliau yang kekal cantik walaupun tanpa mekap.

Artikel Selepas
« Artikel Selepas
Artikel Sebelum
Artikel Sebelum »